ADAKAH DIBOLEHKAN AL-QURAN YANG TIDAK DITUTUP, HANYA DITUTUP DENGAN
KAIN SAHAJA (BOLEHKAH AL-QURAN DIBIAR BEGINI)?
بسم
الله الرحمن الرحيم
Jika diniatkan menutup
Al-Quran dengan kain untuk memelihara dan memuliakannya ia dibolehkan. Hal ini
berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa 4:100, firman Allah s.w.t. :
وَمَن
یُهَاجِرۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یَجِدۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُرَا غَمࣰا
كَثِیرࣰا وَسَعَةࣰۚ وَمَن یَخۡرُجۡ مِنۢ بَیۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ
وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ یُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۗ
وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
Maksudnya, dan sesiapa yang
berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia
akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang
makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya
telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam hadith riwayat Imam
Al-Bukhari, Umar bin Al Khattab di atas mimbar
berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ
هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya, "Semua
perbuatan bergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (bergantung)
apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin
dicapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya
adalah kepada apa dia diniatkan"
Kesimpulannya, jika diniatkan
untuk memelihara kesucian Al-Quran ia adalah satu kebajikan.