Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Ogos 2023

#1 : DOA KHATAM AL-QURAN

 أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ

الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

الْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِـحَاتِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

 

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ

لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُولَدْ وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

 

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Mu kerana engkau telah kurniakan kepada kami pelbagai nikmat sehingga kami berasakan betapa indahnya kemanisan nikmat-nikmat ini, lebih-lebih lagi keindahan nikmat Islam dan Iman.

 

 

 

يَا الرَّحْمَانُ يَا الرَّحِيمُ

Sempena (SEBUTKAN NAMA PROGRAM………..) pada hari ini, kami memohon rahmat dan kasih sayang-Mu kepada kami dalam majlis ini, serta Engkau kurniakanlah keberkatan kepada kami dengan keberkatan yang banyak dunia dan akhirat.

 

Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran ini sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah apa-apa yang kami terlupa tentang isi kandungan Al-Quran. Ajarlah kami ilmu Al-Quran yang kami tidak ketahui. Rezekikanlah kepada kami agar dapat membaca Al-Quran pada siang dan malam. Jadikanlah Al-Quran sebagai hujah kami.

 

يَا ذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Rahmatilah kami dengan Al-Quran, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa membaca Al-Quran siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kitab, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa menjadikannya Al-Quran sebagai panduan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Furqaan, masukkanlah kami ke dalam golongan yang dapat membezakan yang haq dan yang batil.

 

Rahmatilah kami dengan Adz-Dzikir, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa mengingatimu siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Mubin, masukkanlah kami ke dalam golongan hati yang terang serta memahami suruhan-Mu ya Allah.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Karim, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau muliakan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kalam, masukkanlah kami ke dalam golongan yang petah berhujah menegakkan syiar Islam.

 

Rahmatilah kami dengan An-Nuur, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau bimbing dari kegelapan kepada cahaya Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEKS DOA DISUSUN OLEH :

MUHAMMAD AKMAL BIN ISMAIL

IMAM 2 MASJID NUR JANNATUL BAHRI, MELAKA.

Ahad, 30 April 2023

DOA KETIKA TERIMA BERITA SAUDARA DITIMPA MUSIBAH

 

DOA KETIKA MENDENGAR BERITA SAUDARA DITIMPA MUSIBAH

 

بسم الله الرمان الرحيم

الحمد لله رب العالمين

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد وسلم

 

Ya Allah ya tuhan kami. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara kami ditimpa musibah. Sembuhkanlah saudara kami fulan bin fulan yang mengalami penderitaan disebabkan ditimpa penyakit (sebutkan nama penyakit). Sembuhkanlah ya Allah sesungguhnya tiada siapa yang dapat menyembuhkan melainkan-Mu ya Allah.

 

Ya Allah ya tuhan kami, Engkau kuatkanlah kesabaran dan ketabahan saudara kami ini dalam berhadapan dengan ujian-Mu ini. Kuatkanlah jua ketabahan dan kesabaran keluarganya dalam menguruskan fulan bin fulan. Ampunkanlah dosa-dosa mereka dan kami ya Allah. Masukkanlah mereka dan kami dalam golongan hamba-hamba-Mu yang diredhai ya Allah

 

والحمد لله رب العلمين

Ahad, 4 September 2022

DOA RABITAH

 Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun atas dasar kecintaan kepada-Mu, bertemu atas dasar ketaatan kepada-Mu, dan bersatu atas dasar dakwah-Mu.


Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan menegakkan syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraannya dan berikanlah petunjuk untuknya.


Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu.


Hidupkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat-Mu dan matikanlah dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah! perkenankanlah permohonan ini dan selawat Allah ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Sabtu, 17 Julai 2021

TALQIN

 يَا فَلَانَ بْنَ فَلَانٍ، اذْكُرِ الْعَهْدَ الَّذِي خَرَجَتْ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا. شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُـحَّمَدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَا رَيْبَ فِيهَا، وَأَنَّ اللهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ، قُلْ رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِـمُـحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيَّا، وَبِالْكَعْبَةِ قِبْلَةً، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، وِبِالْـمُسْلِمِينَ إِخْوَانًا، رَبِّيَ اللهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.

 

ERTINYA:

Wahai fulan bin fulan, ingatlah perjanjian yang atasnya engkau keluar dari dunia. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan hari kiamat pasti datang tanpa diragui dan Allah pasti membangkitkan mereka yang ada di kubur. Katakanlah: "aku reda Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi, Kaabah sebagai kiblat, Al-Quran sebagai pemimpin, kaum muslimin sebagai saudara. Tuhanku adalah Allah tiada Tuhan yang layak disembah selain Dia. Dialah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung."


Rujuk

Kitab Al-Azkar An-Nawawi

Kitab Fatawa Al-Imam An-Nawawi

Isnin, 6 April 2020

TAKBIR RAYA


اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Sighah takbir kebiasaan diamalkan masyarakat Melayu)



Sighah Takbir

Kita disunatkan untuk bertakbir pada Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri mengikut sighah atau lafaz yang warid daripada Rasulullah SAW, para sahabat ridhwanullah alaihim, dan yang diterima dan diamalkan oleh para ulama zaman berzaman. Antara lafaz yang masyhur adalah:

·       Daripada Saiyiduna Ibn Abbas R.Anhuma bahawa dia bertakbir bermula Subuh Hari Arafah sehingga akhir Hari Nafar, dan tidak pada waktu Maghrib, tiga kali dengan lafaz berikut:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ اللهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا

Rujuk Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi (no.6280)



·  Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (2/81) bahawa Syeikh Ibn Sibagh, pengarang kitab al-Syamil bahawa tiada masalah untuk bertakbir dengan cara kebiasaan manusia, sebanyak tiga kali, seperti lafaz berikut[1]:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

·        Disunatkan untuk ditambah selepas itu lafaz berikut:[2]

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ [ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ] [3] وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ [ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ]

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”



Nota kaki

[1] Bahkan mengikut Imam al-Nawawi, apa yang disebut oleh pengarang kitab al-Syamil itu, dinaqalkan juga oleh pengarang kitab al-Bahru al-Mazhab yakni Imam al-Ruyani sebagai nas Imam al-Syafie dalam Muktasar al-Buwaiti dan kata beliau: “Lafaz ini diamalkan.” Ini juga yang dicatatkan oleh al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin. Dibaca tiga kali, seperti mana kaifiyat Ibn Abbas.
  
[2] Ini seperti yang dinaskan oleh Imam al-Syafie dalam al-Umm.  Beliau juga berpendapat sebarang tambahan pada zikirullah itu adalah baik.  Rujuk al-Majmu` (5/39.)

[3] Tambahan ini diamalkan oleh ulama, sekalipun menurut al-Nawawi al-Adzkar, ianya tidak warid. Rujuk Fath al-Wahhab Syarh Manhaj al-Tullab (1/98) oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dan Hasyiah al-Qalyubi wa Umairah (1/359).

Rujuk Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sabtu, 4 April 2020

DOA SELEPAS SOLAT HAJAT

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan. 



Hadith riwayat Imam Ibnu Majah/Sunan Ibnu Majah/Kitab Mendirikan Solat dan sunnah yang ada dalamnya/Bab Solat Hajat/Daripada Abdullah bin Abu Aufa Al-Aslami.

Menurut Muhammad Nasiruddin Albani ini hadith Dhaif Jiddan.

Khamis, 2 April 2020

DOA SELEPAS TARAWIH

Ya Allah ya Rahman ya Rahim 

Dalam dakapan Bulan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon dengan penuh harapan kepada Mu ya Allah. Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami ini, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani. 



Ya Fattahu ya Alim 

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu diri kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir Mu. Ya Allah takdirkanlah segala Kebaikan untuk diri kami, janganlah kau menguji kami kepada apa yang tidak kami mampu untuk lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk diri kami ya Allah. 



Ya Allah Rabbul Jalil 

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah. Kami lupa kepada Engkau ketika sihat, kami ingat kepada engkau apabila ditimpa sakit, kami lupa kepadamu ketika senang, kami ingat kepadaMu apabila tiba kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadamu ketika kami sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatimu ketika usia sudah tua. Dengan demikian itu ya Allah ampunilah semua dosa kami berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah. 



Ya Allah ya Rahman ya Rahim 

Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, Setiap zarah susu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya kesyurgaMu ya Allah. Ya Rahman pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu ya Allah. 



Ya Allah 

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami dan juga dalam kalangan mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakhMu. Maka sekiranya engkau ingin mengambil kami pulang kepadaMu, ambillah kami dengan husnul khatimah yakni dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah. 



Ya Allah ya Aziz 

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan sifat-sifat mahmuudah yang lainnya. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk, khianat dan sifat-sifat mazmumah yang lainnya. 



Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim 

Jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka engkau bantulah mereka agar urusan mereka dipermudahkan. jika ada dalam kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah jalan keluar kepada mereka agar mereka tenteram dan aman. jika ada dalam kalangan kami mereka sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka. jika ada dalam kalangan kami mereka diuji dengan kesakitan, maka engkau berikanlah kepada mereka ketabahan serta engkau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami sehingga kami bertemu dengan Mu ya Allah. Jika ada dalam kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau kurang dalam melayani mereka sama ada sengaja atau tidak sengaja, maka kau ampunilah mereka, engkau berilah petunjuk kepada mereka serta bimbinglah mereka. Dan jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti kepada kedua ibubapa kami. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha Mendengar dan mengasihi. 



Ya Allah ya Malikal Mulk 

Ya Razaq Ya Fatthu Ya Alim 

Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat nikmat dari kurniaanMu Ya Allah. 



Ya Allah.. 

Bantulah kami dalam menjalankan urusan Agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari amalan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan hati yang sejahtera. 



Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram 

Ya Allah… Janganlah Engkau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Tetapi andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau Rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti buat diri kami, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah temukanlah kami dengan lailatul Qadr. Pilihlah kami dalam kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadr. Ya Allah terimalah amalan kami… terimalah taubat kami… ampunkanlah segala dosa kami… amankanlah kehidupan kami disana nanti dan kurniakanlah kepada kami syurgamu yang Maha Luas nikmatnya, tempat nikmat yang kekal abadi.

DOA WALIMATUL URUS


DOA MAJLIS NIKAH

TA’AWUZ & BASMALAH
HAMDAN & SELAWAT

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad saw rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga pasangan-pasangan mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu. Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan-pasangan pengantin ini. Kurniakanlah kepada mereka ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih-lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dengan penuh keberkatan. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara pengantin-pengantn ini serta eratkan hubungan mereka sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Siti Khadijah serta para isteri-isteri baginda s.a.w. Ya Allah, satukanlah mereka dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Segala puji-pujian adalah milik mu ya Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimatul urus ini, kami memohon inayah dan rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada pengantin-pengantin yang diraikan pada hari ini, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa iaitu :

1.     PENGANTIN LELAKI :_________________________
&
2.     PENGANTIN PEREMPUAN :_________________________

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, atau pun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada pasangan-pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan-pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan-pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak yang banyak kepada mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta pasangan-pasangan anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan-pasangan ini dengan penuh keberkatan. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan-pasangan ini. Jadikanlah pasangan-pasangan ini yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan-pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan.


Rabu, 1 April 2020

DOA KETIKA BERHIMPUN

Ya Allah!. Curahkanlah kepada kami rasa takut kepada-Mu yang menghalangi kami daripada bermaksiat kepada-Mu dan ketaatan kepada-Mu yang membuatkan kami sampai ke syurga-Mu dan curahkanlah keyakinan yang meringankan musibah di dunia. Berilah kenikmatan kami dengan pendegaran kami, penglihatan kami serta kekuatan kami selama kami hidup dan jadikan itu sebagai warisan daripada kami dan jadikan pembalasan atas orang yang menzalimi kami dan tolonglah kami melawan orang-orang yang memusuhi kami dan janganlah Engkau jadikan musibah kami pada agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai impian kami terbesar serta pengetahuan kami tertinggi serta jangan engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami.

(HR Imam Tirmizi - Kitab Azkarul Azkari Oleh Imam Al-Suyuti)

DOA SELEPAS AKAD NIKAH


DOA PENGANTIN BARU
(DIBACA SELEPAS AKAD NIKAH)

الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبّ الْعَالَـمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيّدِنَا مُـحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْـمُرْسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْـمَعِينَ.

Ya Allah wahai tuhan kami, berkatilah kedua-dua pengantin ini dan temukan kedua-duanya dalam kebaikan semata-mata. Ya Allah! Lembutkanlah kedua-dua pengantin ini seperti lembutnya tanah apabila terkena air.

Ya Allah! Temukanlah kedua-dua mempelai ini dengan penuh kasih sayang, kasih mesra yang berkekalan sebagaimana dikau telah pertemukan yang mulia terhadap penghulu kami Nabi Muhammad saw dengan para isteri-isterinya Khadijah, Aisyah dan lain-lain.

Ya Allah! Kurniakanlah keturunan kedua-duanya sebagai keturunan orang-orang yang soleh dan baik-baik hingga ke hari kiamat.

Ya Allah! Peliharalah kami dan khususnya kepada kedua-dua mempelai pengantin baru ini daripada bala bencana wabak dan penularan penyakit-penyakit berbahaya dan daripada berbagai-bagai cubaan dan pancaroba.

Ya Allah! Limpahilah rahmat dan petunjuk kepada kedua-duanya selamat menempuh hidup berbahagia sentiasa dalam perdamaian saling cinta-mencintai, aman tenteram hingga anak cucu. Tetapkanlah iman kedua-duanya dalam menegakkan kalimah Allah. Seterusnya bekalkanlah taqwa dan akhlak Islamiyyah dan dorongkanlah kepadanya untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan kebajikan demi kejayaan dan kemenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. Amin ya Rabbal aalamin.

DOA PERHIMUPNAN 1


TA’AWUZ & BASMALAH
PUJIAN & SELAWAT

YA ALLAH RAHMAN YA RAHIM
KURNIAKANLAH KAMI LISAN YANG LEMBUT DAN BASAH BAGI MENGINGATI DAN MENYEBUT NAMAMU, HATI YANG PENUH SEGAR MENSYUKURI NIKMATMU SERTA BADAN YANG SIHAT LAGI RINGAN UNTUK MENYEMPURNAKAN KETAATAN KEPADA PERINTAHMU.

YA LATIF YA RAHMAN
BERKATKANLAH SEGALA USAHA YANG KAMI LAKUKAN INI. SESUNGGUHNYA SEGALA YANG KAMI LAKUKAN INI HANYA MENGHARAPKAN KEREDHAANMU JUA. SEMOGA MAJLIS YANG DIANJURKAN INI AKAN MELAHIRKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRA ATAS NIKMAT REZEKI SETERUSNYA MENDEKATKAN DIRI KEPADAMU YA ALLAH. BEGITU JUGA JUGA DENGAN WUJUDNYA MAJLIS INI, AKAN MENGERATKAN LAGI PERPADUAN DAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KAMI SEMUA. YA ALLAH, SEMOGA KAMI TERMASUK DI DALAM GOLONGAN HAMBAMU YANG BERSYUKUR, DAN BERTERIMA KASIH DENGAN SETIAP PEMBERIAN NIKMATMU KE ATS KAMI.

ALLAHUMMA YA  ALLAH
PADA PAGI/MALAM YANG BERKAT LAGI PENUH BERSEJARAH INI. DI DALAM MAJLIS INI KAMI MENADAH TANGAN MEMUJI DAN BERSYUKUR KE HADRATMU DI ATAS NIKMAT LIMPAH KURNIAMU YANG TIDAK TERHINGGA  KE  ATAS KAMI, SEHINGGA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN, DAMAI DAN HARMONI SERTA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KAMI SEBAGAI KHALIFAHMU DI MUKA BUMI INI DAN DIPOHONKAN JADIKANLAH MAJLIS KAMI INI MAJLIS YANG ENGKAU REDHAI DAN RAHMATI.

YA MUNZILAL BARAKAT
YA ALLA, ZAT YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA MULIA LIMPAHKANLAH RAHMAT, CURAHKANLAH KEAMPUNAN, PERLINDUNGAN, KESELAMATAN SERTA KEBERKATAN BUAT DIRI KAMI, KELUARGA KAMI, ANAK-ANAK KAMI, NEGERI DAN NEGARA KAMI DARI SEGALA BAHAYA BENCANA, WABAK PENYAKIT BERJANGKIT DAN MALA PETAKA. PELIHARALAH KESUCIAN AGAMA ISLAM YANG ENGKAU REDHAI, SATUKANLAH HATI-HATI KAMI DAN AQIDAH PERJUANGAN KAMI.