Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2020

PENGAJARAN COVID-19

Allah ingin menguji siapakah yang merujuk ulama atau tidak.


Allah ingin menguji siapakah yang taat kepada pemimpin atau tidak.

Allah ingin menguji hambanya dalam mengamalkan konsep tawakal yang sebenar.


Dalam tempoh PKP Allah ingin memberi pengalaman mengajar kepada ibubapa seperti mana pengalaman guru mengajar muridnya di sekolah.


Allah ingin membimbing hambanya betapa pentingnya kesucian dan kebersihan.


Allah memberikan kita peluang dapat banyak masa bersama dengan keluarga di mana sebelum ini kita sibuk dengan pekerjaan.


Allah ingin menguji ilmu kita untuk diamalkan dirumah selepas kita berpeluang mengikuti kelas-kelas dan kuliah-kuliah.


Allah ingin menambahkan kepada kita cinta kepada masjid.


Allah ingin mendidik kita agar menghormati pandangan orang lain.


Allah ingin menguji siapakah dalam kalangan hambanya yang kaya membantu golongan yang miskin.

DEFINISI KETENANGAN

Definisi ketenangan amat luas dan fleksible. Ketenangan boleh diperolehi dengan pelbagai jalan dimana ia boleh dijadikan sebagai definisi. Antaranya :

Ketika seseorang itu mendapat nikmat lantas dia memuji Allah, ketika seseorang mendapat musibah dia juga memuji Allah.

Jika seseorang mendapat rezeki yang sedikit dia bersyukur, jika dia mendapat rezeki yang banyak boleh diagihkan.

Jika seseorang memperolehi dunia dia tidak bergantung kepadanya beserta nikmat di dalamnya. Nikmat dunia digunakan namun hatinya tidak terikat dengan nikmat tersebut. Jika nikmat tersebut ditarik semula, maka dia tetap tenang dan bersabar. Jika nikmat berkekalan dia menggunakannya dengan penuh adab syarak. Dan seumpamanya dengannya.

Atau mungkin kita boleh ambil definisi ketenangan daripada hadith berikut:

[Maksudnya] daripada Wabisoh Bin Ma'Bad radhiallahu 'anhu berkata : "Aku telah datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "kamu telah datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Jawabku : "Ya." Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun bersabda : "Mintalah fatwa dari hatimu, kebajikan itu menyebabkan diri dan hati menjadi tenang dan dosa pula menjadikan diri keluh-kesah, hati menjadi ragu-ragu, walaupun manusia berfatwa untukmu dengan kejahilan mereka (Iaitu yang bertentangan dengan apa yang dirasai di dalam hati)."

Dalam Kitab Hadith Arbain Imam An-Nawawi katanya, Hadis hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan.

Wallahu A'lam.