Memaparkan catatan dengan label SOAL JAWAB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOAL JAWAB. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2020

APAKAH HUKUM LAKONAN DENGAN AYAT “AKU TAK SOLAT SEBAB SOLAT TU TAK PENTING PUN” ?


APAKAH HUKUM LAKONAN DENGAN AYAT “AKU TAK SOLAT SEBAB SOLAT TU TAK PENTING PUN” ?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan kepada ahli keluarganya dan kepada para sahabatnya dan kepada mereka yang mengikutnya sehingga ke hari kiamat.

Bagi persoalan tersebut Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah At-Taubah surah ke 9 ayat ke 65-66.

Allah berfirman:

وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ(65) لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ(66)

Maksudnya Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"[65] Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.[66]

Merujuk kepada firman Allah tersebut ucapan berikut walaupun dalam lakonan adalah dilarang.

Banyak lagi alasan pelakon mengatakan ia hanya lakonan seperti lelaki ajnabi memegang tangan perempuan ajnabiah, lelaki ajnabi dan perempuan ajnabiah tidur sekatil, lelaki berpakaian seperti perempuan dan lain-lain.

Semua lakonan tersebut walaupun hanya lakonan ia tetap tidak dibenarkan syariat.

Untuk mengetahui pencerahan lebih lanjut boleh rujuk Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di pautan di bawah dalam tajuk "HUKUM MUSLIM BERGURAU MENGUCAPKAN "AKU BUKAN ISLAM"."

Ahad, 5 April 2020

ADAKAH DIBOLEHKAN AL-QURAN YANG TIDAK DITUTUP, HANYA DITUTUP DENGAN KAIN SAHAJA (BOLEHKAH AL-QURAN DIBIAR BEGINI)?



ADAKAH DIBOLEHKAN AL-QURAN YANG TIDAK DITUTUP, HANYA DITUTUP DENGAN KAIN SAHAJA (BOLEHKAH AL-QURAN DIBIAR BEGINI)?

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika diniatkan menutup Al-Quran dengan kain untuk memelihara dan memuliakannya ia dibolehkan. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa 4:100, firman Allah s.w.t. :

وَمَن یُهَاجِرۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یَجِدۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُرَاغَمࣰا كَثِیرࣰا وَسَعَةࣰۚ وَمَن یَخۡرُجۡ مِنۢ بَیۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ یُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

Maksudnya, dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Umar bin Al Khattab di atas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya, "Semua perbuatan bergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (bergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin dicapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan"

Kesimpulannya, jika diniatkan untuk memelihara kesucian Al-Quran ia adalah satu kebajikan.