APAKAH HUKUM LAKONAN DENGAN
AYAT “AKU TAK SOLAT SEBAB SOLAT TU TAK PENTING PUN” ?
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan
semesta Alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam
dan kepada ahli keluarganya dan kepada para sahabatnya dan kepada mereka yang
mengikutnya sehingga ke hari kiamat.
Bagi
persoalan tersebut Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah
At-Taubah surah ke 9 ayat ke 65-66.
Allah
berfirman:
وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا
نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ
تَسۡتَهۡزِءُونَ(65) لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن
طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ(66)
Maksudnya
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah
mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan
bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya
serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"[65] Janganlah kamu
berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah
kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu
(kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana
mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.[66]
Merujuk
kepada firman Allah tersebut ucapan berikut walaupun dalam lakonan adalah
dilarang.
Banyak lagi
alasan pelakon mengatakan ia hanya lakonan seperti lelaki ajnabi memegang
tangan perempuan ajnabiah, lelaki ajnabi dan perempuan ajnabiah tidur sekatil,
lelaki berpakaian seperti perempuan dan lain-lain.
Semua
lakonan tersebut walaupun hanya lakonan ia tetap tidak dibenarkan syariat.
Untuk
mengetahui pencerahan lebih lanjut boleh rujuk Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di pautan di bawah dalam tajuk "HUKUM MUSLIM BERGURAU MENGUCAPKAN "AKU BUKAN ISLAM"."