Jumaat, 3 April 2020

DEFINISI KETENANGAN

Definisi ketenangan amat luas dan fleksible. Ketenangan boleh diperolehi dengan pelbagai jalan dimana ia boleh dijadikan sebagai definisi. Antaranya :

Ketika seseorang itu mendapat nikmat lantas dia memuji Allah, ketika seseorang mendapat musibah dia juga memuji Allah.

Jika seseorang mendapat rezeki yang sedikit dia bersyukur, jika dia mendapat rezeki yang banyak boleh diagihkan.

Jika seseorang memperolehi dunia dia tidak bergantung kepadanya beserta nikmat di dalamnya. Nikmat dunia digunakan namun hatinya tidak terikat dengan nikmat tersebut. Jika nikmat tersebut ditarik semula, maka dia tetap tenang dan bersabar. Jika nikmat berkekalan dia menggunakannya dengan penuh adab syarak. Dan seumpamanya dengannya.

Atau mungkin kita boleh ambil definisi ketenangan daripada hadith berikut:

[Maksudnya] daripada Wabisoh Bin Ma'Bad radhiallahu 'anhu berkata : "Aku telah datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "kamu telah datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Jawabku : "Ya." Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun bersabda : "Mintalah fatwa dari hatimu, kebajikan itu menyebabkan diri dan hati menjadi tenang dan dosa pula menjadikan diri keluh-kesah, hati menjadi ragu-ragu, walaupun manusia berfatwa untukmu dengan kejahilan mereka (Iaitu yang bertentangan dengan apa yang dirasai di dalam hati)."

Dalam Kitab Hadith Arbain Imam An-Nawawi katanya, Hadis hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan.

Wallahu A'lam.