Rabu, 1 April 2020

DOA SELEPAS AKAD NIKAH


DOA PENGANTIN BARU
(DIBACA SELEPAS AKAD NIKAH)

الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبّ الْعَالَـمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيّدِنَا مُـحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْـمُرْسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْـمَعِينَ.

Ya Allah wahai tuhan kami, berkatilah kedua-dua pengantin ini dan temukan kedua-duanya dalam kebaikan semata-mata. Ya Allah! Lembutkanlah kedua-dua pengantin ini seperti lembutnya tanah apabila terkena air.

Ya Allah! Temukanlah kedua-dua mempelai ini dengan penuh kasih sayang, kasih mesra yang berkekalan sebagaimana dikau telah pertemukan yang mulia terhadap penghulu kami Nabi Muhammad saw dengan para isteri-isterinya Khadijah, Aisyah dan lain-lain.

Ya Allah! Kurniakanlah keturunan kedua-duanya sebagai keturunan orang-orang yang soleh dan baik-baik hingga ke hari kiamat.

Ya Allah! Peliharalah kami dan khususnya kepada kedua-dua mempelai pengantin baru ini daripada bala bencana wabak dan penularan penyakit-penyakit berbahaya dan daripada berbagai-bagai cubaan dan pancaroba.

Ya Allah! Limpahilah rahmat dan petunjuk kepada kedua-duanya selamat menempuh hidup berbahagia sentiasa dalam perdamaian saling cinta-mencintai, aman tenteram hingga anak cucu. Tetapkanlah iman kedua-duanya dalam menegakkan kalimah Allah. Seterusnya bekalkanlah taqwa dan akhlak Islamiyyah dan dorongkanlah kepadanya untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan kebajikan demi kejayaan dan kemenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. Amin ya Rabbal aalamin.