HADITH 1/42
– NIAT
Dari Amir Al-Mukminin Abu Hafs ‘Umar Ibn Al-Khattab ra katanya: Aku
dengar Rasulallah saw bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi
tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa hijrahnya kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya untuk
dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya,
maka hijrahnya kepada apa yang dia
berhijrah kepadanya itu.
[Diriwayat dua imam hadith iaitu Abu
Abdillah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah
Al-Bukhari dan Abu Al-Husaini Muslim Ibn
Al-Hajjaj Ibn Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi dalam soheh keduanya, iaitu kitab
yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.]