Khamis, 2 April 2020

MUKADDIMAH

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا فَمَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ[1]

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ[2]

قَالُوا۟ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَاۤ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡحَكِیمُ[3]

قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِی صَدۡرِی وَیَسِّرۡ لِیۤ أَمۡرِی وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةࣰ مِّن لِّسَانِی یَفۡقَهُوا۟ قَوۡلِی[4]


Segala puji bagi Allah, kami meminta pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan keburukan amalan kami. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang akan menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan maka tidak ada yang mampu memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah, dan Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. 

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku

Alhamdulillah pertama dan terutamanya saya merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana Allah mengizinkan saya mewujudkan blog ini sebagai medium untuk menambahkan lagi resepi dalam menimba ilmu. Sebahagian besar maklumat dalam blog ini saya jadikan ia sebagai nota-nota untuk saya sendiri membuat rujukan dan pencarian ketika saya perlukan ia di mana sahaja saya berada.

Semoga dengan kita melazimi ilmu pengetahuan terutama ilmu akhirat Allah akan tambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat. semoga dengan kita sentiasa berada dalam suasana ilmu akhirat Allah kurniakan kepada kita kefahaman yang menyeluruh dan kefahaman yang sempurna berkaitan Islam. Tujuannya adalah semata-mata mendapatkan keredhaan Allah dan kita bersama-sama ingin mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.



NOTA KAKI

[1] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam At-Tirmizi/Jami' At-Tarmizi/Kitab Nikah/Bab Khutbah Nikah/ Daripada Abdullah bin Mas'ud.

[2] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam Muslim/Sahih Muslim/Kitab Jumaat/Bab meringankan solat dan khutbah/daripada Jabir bin Abdullah.

[3] Surah Al-Baqarah 3:32

[4] Surah Taha 20:25-28