Isnin, 6 April 2020

TAKBIR RAYA


اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Sighah takbir kebiasaan diamalkan masyarakat Melayu)



Sighah Takbir

Kita disunatkan untuk bertakbir pada Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri mengikut sighah atau lafaz yang warid daripada Rasulullah SAW, para sahabat ridhwanullah alaihim, dan yang diterima dan diamalkan oleh para ulama zaman berzaman. Antara lafaz yang masyhur adalah:

·       Daripada Saiyiduna Ibn Abbas R.Anhuma bahawa dia bertakbir bermula Subuh Hari Arafah sehingga akhir Hari Nafar, dan tidak pada waktu Maghrib, tiga kali dengan lafaz berikut:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ اللهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا

Rujuk Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi (no.6280)



·  Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (2/81) bahawa Syeikh Ibn Sibagh, pengarang kitab al-Syamil bahawa tiada masalah untuk bertakbir dengan cara kebiasaan manusia, sebanyak tiga kali, seperti lafaz berikut[1]:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

·        Disunatkan untuk ditambah selepas itu lafaz berikut:[2]

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ [ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ] [3] وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ [ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ]

Maksudnya“Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”



Nota kaki

[1] Bahkan mengikut Imam al-Nawawi, apa yang disebut oleh pengarang kitab al-Syamil itu, dinaqalkan juga oleh pengarang kitab al-Bahru al-Mazhab yakni Imam al-Ruyani sebagai nas Imam al-Syafie dalam Muktasar al-Buwaiti dan kata beliau: “Lafaz ini diamalkan.” Ini juga yang dicatatkan oleh al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin. Dibaca tiga kali, seperti mana kaifiyat Ibn Abbas.
  
[2] Ini seperti yang dinaskan oleh Imam al-Syafie dalam al-Umm.  Beliau juga berpendapat sebarang tambahan pada zikirullah itu adalah baik.  Rujuk al-Majmu` (5/39.)

[3] Tambahan ini diamalkan oleh ulama, sekalipun menurut al-Nawawi al-Adzkar, ianya tidak warid. Rujuk Fath al-Wahhab Syarh Manhaj al-Tullab (1/98) oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dan Hasyiah al-Qalyubi wa Umairah (1/359).

Rujuk Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan