Kenapa sebelum berkahwin seronok bercinta tetapi bercinta selepas berkahwin tidak seronok?.
Jawapannya ada pada setiap diri manusia itu sendiri.
Jika seseorang itu sudah membina dan menghias diri dengan iman dan istiqamah dengannya sebelum berkahwin, dia mampu mengawal diri dari melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. seperti berpegang tangan dan seumpama dengannya.
Setelah berkahwin sudah tentu dengan beberkalkan keimanan yang ada dia mampu bantu membentuk dan menghiaskan pula keimanan yang ada pada isterinya. Dengan asbab ini Allah akan memelihara pasangan ini dan akhirnya mereka mampu melahirkan generasi yang beriman juga.
Jika kita jadikan iman memandu nafsu kita. Allah akan membimbing kehidupan kita sehingga kita dikurniakan pelabagai kebaikan yang banyak bahkan mendapat kebaikan yang lebih besar di akhirat kelak.