Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab Jilid 4 Perbahasan Solat MS 902, Asy-Syirazi berkata “…………………………… Dianjurkan untuk bersandar pada busur panah atau tongkat berdasarkan riwayat Al-Hakam [1] Bin Hazan RA, ia berkata, ‘Kami datang menemui Rasulullah SAW, kami turut serta solat Jumaat bersama beliau, beliau berdiri dengan bersandar di atas busur panah atau tongkat, beliau memuja dan memuji Allah SWT, mengucapkan kata-kata singkat, baik dan berbarakah.’ Kerana bersandar pada benda-benda seperti ini lebih menopang. Bila tidak ada tongkat atau apa pun, kedua tangan didiamkan.
Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab Jilid 4 Perbahasan Solat MS 906. Khatib dianjurkan bersandar pada busur panah, pedang,
tongkat atau semacamnya berdasarkan alasan yang telah yang telah disebutkan
sebelumnya. Al-Qadhi Husain dan Al-Baghawi menjelaskan, dianjurkan untuk
dipegang dengan tangan kiri, sementara jumhur tidak membahas dipegang dengan
tangan yang mana. Sahabat-sahabat kami menjelaskan, dianjurkan agar tangan yang
kanan diletakkan di ujung mimbar. Bila tidak ada pedang, tongkat atau
semacamnya, tangan didiamkan, yang akan diletakkan di atas tangan kiri atau
dibiarkan ke bawah tanpa digerak-gerakkan dan tidak bermain-main dengan salah
satunya. Yang dimaksudkan adalah agar khusyuk, tidak boleh bermain-main.
[1] Hakam bin Hazan Al-Kalafi, Kalafah adalah salah satu kabilah Tamim. Hadith di
atas diriwayatkan oleh Ibnu Atsir dalam Asad Al-Ghabah secara panjang lebar
melalui sanad Abu Ya’la Al-Mushili, di bahagian akhir Ibnu Atsir menjelaskan,
diriwayatkan oleh tiga perawi. Maksudnya Ibnu Mandah, Abu Nu’ Abu Ishaq Marwazi
dan Abu Umar bin Abdul Barr.