MUQODDIMAH CERAMAH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا فَمَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ[1]
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ[2]
قَالُوا۟ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَاۤ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡحَكِیمُ[3]
قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِی صَدۡرِی وَیَسِّرۡ لِیۤ أَمۡرِی وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةࣰ مِّن لِّسَانِی یَفۡقَهُوا۟ قَوۡلِی[4]
Segala puji bagi Allah, kami meminta pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan keburukan amalan kami. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang akan menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan maka tidak ada yang mampu memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah, dan Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku
Yang saya hormati para hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pertamanya dan terutamanya marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpahan kurnianya Allah mengizinkan kita dapat berhimpun di sebuah masjid untuk melunaskan tanggunjawab kita sebagai hamba Allah khususnya solat fardhu lima waktu.
Alhamdulillah kita pun telah selesai menyempunakan solat maghrib berjamaah kemudian kita teruskan dengan majlis ilmu. Semoga dengan kita berada dalam majlis ini Allah tambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat. Mudah-mudahan dengan kita berada dalam majlis ini Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam Islam, tujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan jalan yang kita ambil daripada diri baginda Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
PENUTUP
Wallahu a'lam. sekadar ini sahaja perkongsian kita pada malam ini. Semoga kita dapat ambil manfaat. Semoga kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
NOTA KAKI
[1] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam At-Tirmizi / Jami' AtTarmizi / Kitab Nikah / Bab Khutbah Nikah / Daripada Abdullah bin Mas'ud.
[2] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam Muslim/Sahih Muslim/Kitab Jumaat/Bab meringankan solat dan khutbah/daripada Jabir bin Abdullah.
[3] Surah Al-Baqarah 3:32
[4] Surah Taha 20:25-28