Hal ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama.
Jumhur ulama - tidak batal wudhuk.
Minoriti Ulama - Batal wudhuk.
Ringkasan pandangan Imam An-Nawawi dalam Kitab Majmuk Syarah :
Mazhab As-Syafi'i
- tidak membatalkan wudhuk sesuatu daripada makanan samada ia dikenakan api (dimasak) atau selain daripadanya melainkan daging unta terbahagi kepada dua pendapat.
- melainkan daging unta terbahagi kepada dua pendapat.
- Pendapat yang baru lagi masyhur (dalam mazhab al-Syafi’e) adalah tidak membatalkan wudhuk dan pendapat ini adalah sahih di sisi ashab al-Syafi’eyyah.
- Adapun, pendapat yang qadim (pendapat lama dalam mazhab al-Syafi’e) adalah membatalkan wudhuk dan pendapat ini adalah dhaif (lemah) di sisi ashab al-Syafi’eyyah.
- Akan tetapi, pendapat ini (pendapat yang lemah) lebih kuat atau sahih dari sudut dalil dan aku lebih cenderung kepada pendapat ini dari sudut ketepatannya.
PENDAPAT PIHAK JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Setelah melihat pendapat-pendapat di atas, maka kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur ulama’ yang tidak membatalkan wudhuk bagi sesiapa yang memakan daging unta. Akan tetapi, jika seseorang itu berwudhuk selepas memakan daging unta adalah lebih baik sebagai langkah berjaga-jaga dan keluar daripada khilaf pendapat yang mewajibkan.
RUJUKAN
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2219-irsyad-al-hadith-siri-ke-222-daging-unta-membatalkan-wudhuk