Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun atas dasar kecintaan kepada-Mu, bertemu atas dasar ketaatan kepada-Mu, dan bersatu atas dasar dakwah-Mu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan menegakkan syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraannya dan berikanlah petunjuk untuknya.
Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu.
Hidupkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat-Mu dan matikanlah dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah! perkenankanlah permohonan ini dan selawat Allah ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabat baginda semuanya.