Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab, Imam Nawawi berkata:
- Ashab dan para ulama yang lain mengharuskan membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat yang lain di dalam solat dengan menggunakan tujuh qiraat yang mutawatir.
- Tidak boleh membaca menggunakan qiraat yang syaz di dalam solat. Ini kerana qiraat syaz tidak dianggap sebagai Al-Quran.
- Al-Quran thabit dengan riwayat mutawatir. Dan setiap daripada qiraat yang tujuh merupakan qiraat yang mutawatir.
- Jika seseorang membaca ayat-ayat dengan salah satu daripada qiraat yang tujuh, maka seharusnya dia meneruskan bacaan dengan qiraat tersebut.
- Jika seseorang membaca satu ayat dengan salah satu qiraat kemudian membaca ayat lain dengan qiraat yang lain maka ianya diharuskan dengan syarat ayat yang pertama tidak bersambung atau berkaitan dengan ayat yang kedua.
Dalam kitab Mughni Al-Muhtaj, Al-Khatib Al-Syarbini mengatakan bahawa:
- makruh hukumnya jika seseorang membaca satu ayat dengan satu qiraat kemudian membaca ayat yang lain dengan qiraat yang berbeza.
- Kecuali pada sesi pengajaran.
RUJUK