Rabu, 21 September 2022

IMAM TERKURANG RAKAAT DALAM SOLAT FARDHU

SOALAN : JIKA IMAM TERKURANG RAKAAT APAKAH TINDAKAN MAKMUM?


JAWAPAN
  1. Makmum hendaklah bertasbih bagi lelaki manakala tepuk tangan bagi wanita.
  2. Jika imam memberi salam setelah diingatkan makmum hendaklah sempurnakan rakaat yang kurang.
  3. Jika makmum mengikut imam memberi salam dalam keadaan mengetahui kurang rakaat maka batal solat makmum.
  4. Selepas solat jika makmum memaklumkan kepada imam bahawa imam kurang rakaat, apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
    • Jika imam yakin sempurna rakaat maka solat imam sah.
    • Jika imam ragu maka imam perlu sempurnakan rakaat yang kurang.

RUJUK