- Niat (qasad) melakukan solat.
- Wajib niat di hati.
- Disertakan ketika takbiratul ihram.
- Tidak disyaratkan menyebutnya dengan lidah.[1]
- Memasukkan tiga bahagian niat:
- Qasad = Menentukan jenis ibadah. Seperti solat, puasa atau lain-lain.
- Ta'arrudh = Fardhu atau sunat.
- Ta'ayyun = Menentukan waktu. Seperti Subuh, zuhur atau lain-lain.
- Lafaz sebelum takbiratul ihram adalah sunat.
PERKARA BERKAITAN DENGAN NIAT
- Jika imam sunat niat imam jika makmum wajib niat makmum.
- Jika solat Jumaat Imam Wajib niat Imam dan Makmum Wajib niat makmum.
- Jika solat qasar hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram.