Sabtu, 26 Ogos 2023

#1 : DOA KHATAM AL-QURAN

 أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ

الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

الْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِـحَاتِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

 

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ

لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُولَدْ وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

 

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Mu kerana engkau telah kurniakan kepada kami pelbagai nikmat sehingga kami berasakan betapa indahnya kemanisan nikmat-nikmat ini, lebih-lebih lagi keindahan nikmat Islam dan Iman.

 

 

 

يَا الرَّحْمَانُ يَا الرَّحِيمُ

Sempena (SEBUTKAN NAMA PROGRAM………..) pada hari ini, kami memohon rahmat dan kasih sayang-Mu kepada kami dalam majlis ini, serta Engkau kurniakanlah keberkatan kepada kami dengan keberkatan yang banyak dunia dan akhirat.

 

Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran ini sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah apa-apa yang kami terlupa tentang isi kandungan Al-Quran. Ajarlah kami ilmu Al-Quran yang kami tidak ketahui. Rezekikanlah kepada kami agar dapat membaca Al-Quran pada siang dan malam. Jadikanlah Al-Quran sebagai hujah kami.

 

يَا ذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Rahmatilah kami dengan Al-Quran, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa membaca Al-Quran siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kitab, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa menjadikannya Al-Quran sebagai panduan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Furqaan, masukkanlah kami ke dalam golongan yang dapat membezakan yang haq dan yang batil.

 

Rahmatilah kami dengan Adz-Dzikir, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa mengingatimu siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Mubin, masukkanlah kami ke dalam golongan hati yang terang serta memahami suruhan-Mu ya Allah.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Karim, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau muliakan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kalam, masukkanlah kami ke dalam golongan yang petah berhujah menegakkan syiar Islam.

 

Rahmatilah kami dengan An-Nuur, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau bimbing dari kegelapan kepada cahaya Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEKS DOA DISUSUN OLEH :

MUHAMMAD AKMAL BIN ISMAIL

IMAM 2 MASJID NUR JANNATUL BAHRI, MELAKA.