Ahad, 13 Oktober 2024

DOA SUKAN

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُـحُمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

 

Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

 

اللَّهُمَّ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيمُ

 

Ya Allah sempena majlis yang kami adakan pada hari ini. Kami memohon petunjuk-Mu serta dipermudahkan segala urusan. Bimbinglah kami ke arah kebenaran, jauhkanlah kami daripada kemaksiatan, agar kami sentiasa berada dalam keredhaan dan dipelihara daripada kemurkaan-Mu.

 

Kurniakankah kami kesihatan yang baik yang berpanjangan, cergaskanlah minda kami, kuatkanlah tubuh badan kami, petahkanlah lidah kami dengan kalimah-kalimah yang engkau redhai, jauhkanlah kami dari penyakit berjangkit dan berbahaya serta sejahterakanlah rohani kami.


Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.

 

اللَّهُمَّ يَا مَالِك الْمُلْكِ

 

Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.

 

يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

 

Berkatilah negara Malaysia ini, bimbinglah raja-raja dan pemimpin-pemimpin kami dalam mengemudi bahtera Negara yang tercinta ini. Rahmatilah Negara ini di bawah perlindungan-Mu, sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, disamping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang. 

  

يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ

 

Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat.

 

Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini.

Sabtu, 6 April 2024

AKAUN MASJID NUR JANNATUL BAHRI

AKAUN MASJID NUR JANNATUL BAHRI, KARIAH AIR HITAM PANTAI, TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH, MELAKA.



Sabtu, 26 Ogos 2023

AL-AZKAR

#1 : DOA KHATAM AL-QURAN

 أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ

الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

الْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِـحَاتِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

 

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ

لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُولَدْ وَلَـمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

 

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Mu kerana engkau telah kurniakan kepada kami pelbagai nikmat sehingga kami berasakan betapa indahnya kemanisan nikmat-nikmat ini, lebih-lebih lagi keindahan nikmat Islam dan Iman.

 

 

 

يَا الرَّحْمَانُ يَا الرَّحِيمُ

Sempena (SEBUTKAN NAMA PROGRAM………..) pada hari ini, kami memohon rahmat dan kasih sayang-Mu kepada kami dalam majlis ini, serta Engkau kurniakanlah keberkatan kepada kami dengan keberkatan yang banyak dunia dan akhirat.

 

Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran ini sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah apa-apa yang kami terlupa tentang isi kandungan Al-Quran. Ajarlah kami ilmu Al-Quran yang kami tidak ketahui. Rezekikanlah kepada kami agar dapat membaca Al-Quran pada siang dan malam. Jadikanlah Al-Quran sebagai hujah kami.

 

يَا ذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Rahmatilah kami dengan Al-Quran, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa membaca Al-Quran siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kitab, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa menjadikannya Al-Quran sebagai panduan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Furqaan, masukkanlah kami ke dalam golongan yang dapat membezakan yang haq dan yang batil.

 

Rahmatilah kami dengan Adz-Dzikir, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sentiasa mengingatimu siang dan malam.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Mubin, masukkanlah kami ke dalam golongan hati yang terang serta memahami suruhan-Mu ya Allah.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Karim, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau muliakan.

 

Rahmatilah kami dengan Al-Kalam, masukkanlah kami ke dalam golongan yang petah berhujah menegakkan syiar Islam.

 

Rahmatilah kami dengan An-Nuur, masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau bimbing dari kegelapan kepada cahaya Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEKS DOA DISUSUN OLEH :

MUHAMMAD AKMAL BIN ISMAIL

IMAM 2 MASJID NUR JANNATUL BAHRI, MELAKA.

Ahad, 30 April 2023

DOA KETIKA TERIMA BERITA SAUDARA DITIMPA MUSIBAH

 

DOA KETIKA MENDENGAR BERITA SAUDARA DITIMPA MUSIBAH

 

بسم الله الرمان الرحيم

الحمد لله رب العالمين

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد وسلم

 

Ya Allah ya tuhan kami. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara kami ditimpa musibah. Sembuhkanlah saudara kami fulan bin fulan yang mengalami penderitaan disebabkan ditimpa penyakit (sebutkan nama penyakit). Sembuhkanlah ya Allah sesungguhnya tiada siapa yang dapat menyembuhkan melainkan-Mu ya Allah.

 

Ya Allah ya tuhan kami, Engkau kuatkanlah kesabaran dan ketabahan saudara kami ini dalam berhadapan dengan ujian-Mu ini. Kuatkanlah jua ketabahan dan kesabaran keluarganya dalam menguruskan fulan bin fulan. Ampunkanlah dosa-dosa mereka dan kami ya Allah. Masukkanlah mereka dan kami dalam golongan hamba-hamba-Mu yang diredhai ya Allah

 

والحمد لله رب العلمين

SOAL JAWAB PENGURUSAN JENAZAH

BIL 1 - SOLAT  JENAZAH GHAIB SEBELUM DIMANDIKAN

Rabu, 21 September 2022

IMAM TERKURANG RAKAAT DALAM SOLAT FARDHU

SOALAN : JIKA IMAM TERKURANG RAKAAT APAKAH TINDAKAN MAKMUM?


JAWAPAN
  1. Makmum hendaklah bertasbih bagi lelaki manakala tepuk tangan bagi wanita.

IMAM TERLEBIH RAKAAT DALAM SOLAT FARDHU

JIKA IMAM TERLEBIH RAKAAT DALAM SOLAT FARDHU APAKAH TINDAKAN MAKMUM?

  1. Makmum ingatkan imam dengan bertasbih bagi lelaki dan tepuk tangan bagi perempuan.

دروس اللغة العربية الجزء الثاني

الدرس الثالث وعشرون


BILANGAN 23 HINGGA 29

BILANGAN 21 HINGGA 22

 BILANGAN 21-22
A'DAD WA MA'DUD SAMA JANTINA

مذكر
واحد وعشرون طالبا
اثنان وعشرون طالبا

مؤنث
احدى وعشرون طالبة
اثنتان وعشرون طالبة

Jumaat, 9 September 2022

BAGAIMANA POSISI DUDUK KETIKA SOLAT?

IFTIRASH
  • Duduk antara dua sujud.
  • Duduk ketika tahiyat Awal solat zuhur, Asar dan Maghrib.
  • Duduk ketika tahiyat akhir untuk semua jenis solat dua rakaat.

TAWARUK
  • Duduk tahiyat akhir bagi solat Zuhur, Asar dan Maghrib.

AL-IQ'A
  • Dilarang jika meletakkan papan punggung di atas tanah, menegakkan betisnya dan meletakkan tangan di atas tanah.
  • Diharuskan jika meletakkan papan punggung di atas tumit.
  • Larangan ini adalah larangan jenis makruh. [1]

BERSILA
  • Harus [2]

ORANG SAKIT
  • Berdasarkan kemampuan. [3]





RUJUK

Buku Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna, Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

NOTA KAKI
[2] IBID
[3] Berdasarkan Hadith Riwayat Imam Bukhari Daripada Imran bin Husain r.a.

SOAL JAWAB SOLAT

HUKUM MEMBACA AYAT AL-QURAN DENGAN QIRAAT LAIN DALAM SOLAT

Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab, Imam Nawawi berkata:
  1. Ashab dan para ulama yang lain mengharuskan membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat yang lain di dalam solat dengan menggunakan tujuh qiraat yang mutawatir.

Khamis, 8 September 2022

ASAL SESUATU PERKARA ADALAH HARUS

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيم


Maksudnya: 
Asal sesuatu perkara adalah harus
sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan keharaman (perkara tersebut).

RUJUK : AL-ASYBAAH WAN NAZAA'IR, AS-SUYUTI

KAEDAH FIQH

  1.  ASAL SESUATU PERKARA ADALAH HARUS

SOLAT EMPAT MAZHAB

NIAT

  1. Niat (qasad) melakukan solat.

SOLAT

PERBUATAN DAN BACAAN DALAM SOLAT

TAKBIRATUL IHRAM

DOA IFTITAH

TA’AWWUZ

AL-FATIHAH

AMIN

SURAH SELEPAS SURAH AL-FATIHAH

SUJUD TILAWAH

TAKBIR INTIQALAT

RUKUK

IKTIDAL

DOA QUNUT

SUJUD

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

TAHIYAT AWAL

TAHIYAT AKHIR

SELAWAT

DOA SELEPAS TASHAHUD AKHIR

SUJUD SAHWI

SALAM

TAHUNAN

BULANAN

MINGGUAN

HARIAN

Rabu, 7 September 2022

MASJID NUR JANNATUL BAHRI

PANDUAN SOLAT
SOLAT GERHANA MATAHARI & KHUTBAH
SOLAT GERHANA BULAN & KHUTBAH
SOLAT IDUL FITRI
SOLAT IDUL ADHA 
 
PANDUAN KHUTBAH

PANDUAN PENGURUSAN NIKAH

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH
SOLAT JENAZAH
DOA UNTUK JENAZAH
TALQIN
 

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS CERAMAH
DOA PEMBUKA MAJLIS
DOA PENUTUP MAJLIS
AYAT AL-QURAN PILIHAN UNTUK PERSEMBAHAN PEMBUKA MAJLIS

PANDUAN IHYA RAMADHAN

ADAKAH MEMAKAN DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK?

Hal ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama.

Jumhur ulama - tidak batal wudhuk.
Minoriti Ulama - Batal wudhuk.

Ringkasan pandangan Imam An-Nawawi dalam Kitab Majmuk Syarah :
Mazhab As-Syafi'i
  1. tidak membatalkan wudhuk sesuatu daripada makanan samada ia dikenakan api (dimasak) atau selain daripadanya melainkan daging unta terbahagi kepada dua pendapat.

ILTAQA AS-SAKINAIN (PERTEMUAN DUA SUKUN)

 إلتقاء الساكنين
(PERTEMUAN DUA HURUF MATI)



TANDA
TANWIN BERTEMU SUKUN



HUKUM DAN CARA BACAANNYA
كَسْرُ التَّنْوِينْ
KASRAHKAN TANWIN (NUN DALAM TANWIN)
Bariskan Nun Sukun yang ada dalam tanwin kepada baris bawah

التَّحْرِيكُ بِالْكَسْرِ
DIBARISKAN DENGAN KASRAH (BARIS BAWAH)
Tukarkan Nun Sukun yang ada dalam tanwin kepada baris bawah.



TIADA ISTILAH BERIKUT:
Nun Iwadh
Nun Wasal
Nun Wiqayah
Nun Kecil
Nun Niswah

Ahad, 4 September 2022

DOA RABITAH

 Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun atas dasar kecintaan kepada-Mu, bertemu atas dasar ketaatan kepada-Mu, dan bersatu atas dasar dakwah-Mu.


Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan menegakkan syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraannya dan berikanlah petunjuk untuknya.


Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu.


Hidupkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat-Mu dan matikanlah dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah! perkenankanlah permohonan ini dan selawat Allah ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Isnin, 9 Ogos 2021

ADAKAH BAHAGIAN BAWAH DAGU WANITA AURAT?

SOALAN : Adakah bahagian bawah dagu wanita aurat?

JAWAPAN
Bahagian bawah dagu wanita khilaf ulamak.

Golongan pertama berpandangan ia adalah aurat.

Golongan kedua berpandangan ia bukan aurat. [1]

Dalam kaedah usul fiqh ada disebutkan
 
الخروج من الخلاف مستحب

yang bermaksud "keluar dari khilaf itu adalah lebih utama dan afdhal".[2] Jadi untuk mengambil langkah berhati-hati tutuplah bahagian bawah dagu.





RUJUKAN

Sabtu, 7 Ogos 2021

IKLAN KELAS MEMBACA AL-QURAN




 

JENIS-JENIS TARANNUM

01] BAYATI
02] NAHAWAND
03] SOBA
04] RAST
05] HIJAZ
06] SIKA
07] JIHARKAH / AJAM
08] KURDI

MUQADDIMAH RINGKAS UNTUK TAZKIRAH RINGKAS

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن وآله

SAMPAIKAN PENGISIAN
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita berada dalam majlis (sebutkan nama majlis/program).

PENUTUP
Semoga Allah berikan keberkatan kepada kita. Wallahu a'lam.

MUQADDIMAH CERAMAH

MUQODDIMAH CERAMAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا فَمَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ[1]

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ[2]

قَالُوا۟ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَاۤ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡحَكِیمُ[3]

قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِی صَدۡرِی وَیَسِّرۡ لِیۤ أَمۡرِی وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةࣰ مِّن لِّسَانِی یَفۡقَهُوا۟ قَوۡلِی[4]


Segala puji bagi Allah, kami meminta pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan keburukan amalan kami. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang akan menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan maka tidak ada yang mampu memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah, dan Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. 

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku

Yang saya hormati para hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pertamanya dan terutamanya marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpahan kurnianya Allah mengizinkan kita dapat berhimpun di sebuah masjid untuk melunaskan tanggunjawab kita sebagai hamba Allah khususnya solat fardhu lima waktu.

Alhamdulillah kita pun telah selesai menyempunakan solat maghrib berjamaah kemudian kita teruskan dengan majlis ilmu. Semoga dengan kita berada dalam majlis ini Allah tambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat. Mudah-mudahan dengan kita berada dalam majlis ini Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam Islam, tujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan jalan yang kita ambil daripada diri baginda Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat.



PENUTUP

Wallahu a'lam. sekadar ini sahaja perkongsian kita pada malam ini. Semoga kita dapat ambil manfaat. Semoga kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat.





NOTA KAKI

[1] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam At-Tirmizi / Jami' AtTarmizi / Kitab Nikah / Bab Khutbah Nikah / Daripada Abdullah bin Mas'ud.

[2] Sebahagian ayat daripada Hadith Riwayat Imam Muslim/Sahih Muslim/Kitab Jumaat/Bab meringankan solat dan khutbah/daripada Jabir bin Abdullah.

[3] Surah Al-Baqarah 3:32

[4] Surah Taha 20:25-28

TARANNUM

 01] JENIS-JENIS TARANNUM

AL-KHUTBAH

BAHASA ARAB MADINAH

Sabtu, 17 Julai 2021

TALQIN

 يَا فَلَانَ بْنَ فَلَانٍ، اذْكُرِ الْعَهْدَ الَّذِي خَرَجَتْ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا. شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُـحَّمَدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَا رَيْبَ فِيهَا، وَأَنَّ اللهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ، قُلْ رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِـمُـحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيَّا، وَبِالْكَعْبَةِ قِبْلَةً، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، وِبِالْـمُسْلِمِينَ إِخْوَانًا، رَبِّيَ اللهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.

 

ERTINYA:

Wahai fulan bin fulan, ingatlah perjanjian yang atasnya engkau keluar dari dunia. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan hari kiamat pasti datang tanpa diragui dan Allah pasti membangkitkan mereka yang ada di kubur. Katakanlah: "aku reda Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi, Kaabah sebagai kiblat, Al-Quran sebagai pemimpin, kaum muslimin sebagai saudara. Tuhanku adalah Allah tiada Tuhan yang layak disembah selain Dia. Dialah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung."


Rujuk

Kitab Al-Azkar An-Nawawi

Kitab Fatawa Al-Imam An-Nawawi

Ahad, 7 Mac 2021

PEGANG TONGKAT SEMASA BERKHUTBAH

Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab Jilid 4 Perbahasan Solat MS 902, Asy-Syirazi berkata “…………………………… Dianjurkan untuk bersandar pada busur panah atau tongkat berdasarkan riwayat Al-Hakam [1] Bin Hazan RA, ia berkata, ‘Kami datang menemui Rasulullah SAW, kami turut serta solat Jumaat bersama beliau, beliau berdiri dengan bersandar di atas busur panah atau tongkat, beliau memuja dan memuji Allah SWT, mengucapkan kata-kata singkat, baik dan berbarakah.’ Kerana bersandar pada benda-benda seperti ini lebih menopang. Bila tidak ada tongkat atau apa pun, kedua tangan didiamkan.

 

Dalam Kitab Majmuk Syarah Al-Muhazzab Jilid 4 Perbahasan Solat MS 906. Khatib dianjurkan bersandar pada busur panah, pedang, tongkat atau semacamnya berdasarkan alasan yang telah yang telah disebutkan sebelumnya. Al-Qadhi Husain dan Al-Baghawi menjelaskan, dianjurkan untuk dipegang dengan tangan kiri, sementara jumhur tidak membahas dipegang dengan tangan yang mana. Sahabat-sahabat kami menjelaskan, dianjurkan agar tangan yang kanan diletakkan di ujung mimbar. Bila tidak ada pedang, tongkat atau semacamnya, tangan didiamkan, yang akan diletakkan di atas tangan kiri atau dibiarkan ke bawah tanpa digerak-gerakkan dan tidak bermain-main dengan salah satunya. Yang dimaksudkan adalah agar khusyuk, tidak boleh bermain-main.




NOTA KAKI

[1] Hakam bin Hazan Al-Kalafi, Kalafah adalah salah satu kabilah Tamim. Hadith di atas diriwayatkan oleh Ibnu Atsir dalam Asad Al-Ghabah secara panjang lebar melalui sanad Abu Ya’la Al-Mushili, di bahagian akhir Ibnu Atsir menjelaskan, diriwayatkan oleh tiga perawi. Maksudnya Ibnu Mandah, Abu Nu’ Abu Ishaq Marwazi dan Abu Umar bin Abdul Barr.

Khamis, 25 Februari 2021

FATWA

BAB MAKANAN DAN MINUMAN

HUKUM AIR KITAR SEMULA (NEWATER)

HUKUM AIR KITAR SEMULA (NEWATER)

Tahun 2002. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa air baru Newater adalah bersih dan harus digunakan dari sudut hukum syarak.

Sumber

Rabu, 24 Februari 2021

KITAB SAHIH BUKHARI

  1. KITAB PERMULAAN WAHYU
  2. KITAB IMAN
  3. KITAB ILMU
  4. KITAB WUDHUK
  5. KITAB MANDI
  6. KITAB HAID
  7. KITAB TAYAMUM
  8. KITAB SOLAT
  9. KITAB WAKTU-WAKTU SOLAT
  10. KITAB AZAN
  11. KITAB AL-JUMU'AH
  12. SOLAT KHAUF
  13. KITAB SOLAT IDUT FITRI DAN IDUL ADHA
  14. KUMPULAN BAB WITIR
  15. KITAB ISTISQA'
  16. BAB SOLAT GERHANA
  17. BAB SUJUD TILAWAH DAN SUNAHNYA
  18. BAB SOLAT QASR
  19. KITAB SOLAT TAHAJUD
    1. BAB SOLAT TATOWWU'
  20. KITAB KEUTAMAAN SOLAT DI MASJID MEKAH
  21. BAB GERAKAN DALAM SOLAT
  22. KITAB SUJUD SAHWI
  23. KITAB JANAIZ
  24. KITAB ZAKAT
    1. ZAKAT FITARH
  25. KITAB HAJI
    1. BAB BERSEGERA BERANGKAT KE TEMPAT WUKUF
  26. BAB UMRAH
  27. BAB ORANG YANG TERKEPUNG DAN BERBURU
  28. KITAB BALASAN BERBURU KETIKA BERHAJI
  29. KITAB KEUTAMAAN MADINAH
  30. KITAB PUASA
  31. KITAB SOLAT TARAWIH
  32. KITAB KEUTAMAAN LAILATUL QADR
  33. KITAB I'TIKAF
  34. KITAB JUAL-BELI
  35. KITAB SALAM (PEMESANAN BARANG)
  36. KITAB SYUF'AH
  37. KITAB IJARAH (SEWA-MENYEWA JASA ATAU BARANG)
  38. KITAB HAWALAH (PEMINDAHAN HUTANG)
  39. KITAB KAFALAH (JAMINAN)
  40. KITAB WAKALAH (PERWAKILAN)
  41. KITAB PERTANIAN DAN MUZARA'AH
  42. KITAB MUSAQAH
  43. KITAB PEMINJAMAN DAN PEMBAYARAN HUTANG
  44. KITAB PERSENGKETAAN
  45. KITAB LUQOTOH (BARANG JUMPA)
  46. KITAB MAZALIM
  47. KITAB SYARIKAT
  48. KITAB AQAD PENGGADAIAN DI DAERAH PEMUKIMAN
  49. KITAB MEMERDEKAKAN BUDAK
  50. KITAB MUKATAB
    1. BAB DOSA ORANG YANG MENUDUH HAMBA BERZINA
  51. KITAB HIBAH
  52. KITAB KESAKSIAN
  53. KITAB PERDAMAIAN
  54. KITAB SYARAT-SYARAT
  55. KITAB WASIAT
  56. KITAB JIHAD DAN ASSIYARI (PERJALANAN PERANG)
  57. KITAB HUKUM BAHAGIAN SEPERLIMA
  58. KITAB JIZYAH
  59. KITAB PERMULAAN PENCIPTAAN
  60. KITAB HADITH-HADITH TENTANG PARA NABI
  61. KITAB MANAQIB
  62. KITAB KEUTAMAAN SAHABAT NABI S.A.W.
  63. KITAB MANAQIB ANSOR

Jumaat, 19 Februari 2021

HADITH 2 - TAWAKAL BURUNG

Dalam hadith riwayat Imam Tarmizi daripada 'umar bin Al-Khottob berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:


لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ

لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ

تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا


Maksudnya: "Sesungguhnya kalau kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya, pasti kamu diberi rezeki seperti rezeki burung, ia pergi dengan perut kosong di pagi hari dan pulang di petang hari dengan perut terisi penuh."


Berkata Abu Isa: Hadith ini hasan sahih.


Rujuk : Kitab Jami' Tarmizi dalam kitab Zuhud bab Tawakal kepada Allah.

Khamis, 18 Februari 2021

Rabu, 17 Februari 2021

BAHAN 1 - MUKA SURAT 34-35

 SURAH AL-'ARAAF (7) : 175-177

Dirujuk dalam Kitab Tafsir Munir Prof Dr Wahbah Az-Zuhaili.

  1. Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Mujahid berkata ayat ini turun berkenaan dengan Bal'am bin Ba'ura.
  2. Dia seorang ulama Bani Israil. Ada yang mengatakan dia berasal dari kalangan Kan'an. Manurut Ibnu Abbas dia lelaki dari kalangan Yaman.

KITAB HADITH-HADITH SAHIH TERBUKTI MASA KINI

 BAHAN 1 - MUKA SURAT 34-35

MUTIARA KATA 1 - IMAN SEBELUM DAN SELEPAS PERKAHWINAN

Kenapa sebelum berkahwin seronok bercinta tetapi bercinta selepas berkahwin tidak seronok?.
Jawapannya ada pada setiap diri manusia itu sendiri.

Jika seseorang itu sudah membina dan menghias diri dengan iman dan istiqamah dengannya sebelum berkahwin, dia mampu mengawal diri dari melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. seperti berpegang tangan dan seumpama dengannya.

Setelah berkahwin sudah tentu dengan beberkalkan keimanan yang ada dia mampu bantu membentuk dan menghiaskan pula keimanan yang ada pada isterinya. Dengan asbab ini Allah akan memelihara pasangan ini dan akhirnya mereka mampu melahirkan generasi yang beriman juga.

Jika kita jadikan iman memandu nafsu kita. Allah akan membimbing kehidupan kita sehingga kita dikurniakan pelabagai kebaikan yang banyak bahkan mendapat kebaikan yang lebih besar di akhirat kelak.

MUTIARA KATA

 MUTIARA KATA 1 - IMAN SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN

NOTA 2 - SUNNAH KELAHIRAN BAYI

SUNNAH KELAHIRAN BAYI
  1. Sujud syukur.
  2. Tahnik.
  3. Azan ditelinga kanan bayi.
  4. Iqamah ditelinga kiri bayi.
  5. pada hari ketujuh:
    • Diberi nama.
    • Cukur kepala.
      1. Bersedekah emas atau perak.
    • Aqiqah.
      1. Memadai seekor kambing sama ada untuk bayi lelaki atau perempuan.
      2. Afdhol dua ekor kambing untuk bayi lelaki,
      3. dan seekor untuk bayi perempuan.
      4. Tidak memadai seekor kambing untuk dua orang anak atau lebih.
  6. Khitan.
  7. Ucapan tahniah.
  8. ***
Rujuk : Kitab Fiqh Al-Manhaji 'ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafi'i.



PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA
  1. Tanam uri.
  2. Adakah benar berpantang 100 hari dan tidak boleh keluar rumah?.
  3. Adakah kenan itu benar?

HADITH 1 - LARANGAN BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KERAS

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Abu Musa Al-Asy'ariyy r.a. berkata:


  لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ أَوْ قَالَ لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ وَأَنَا خَلْفَ دَابَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَنِي وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ لِي يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ مِنْ كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ فَدَاكَ أَبِي وَأُمِّي قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله


Maksudnya: Ketika Rasulullah ﷺ perang melawan (penduduk) Khaibar, -atau dia berkata- Ketika Rasulullah ﷺ melihat orang-orang menuruni lembah sambil meninggikan suara dengan bertakbir, Allahu Akbar, Allahu Akbar laa ilaaha illallah (Allah Maha besar, Allah Maha besar, tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah), maka Rasulullah ﷺ bersabda, "Rendahkanlah, karana kamu tidak menyeru kepada Zat yang tuli dan Zat yang ghaib. Sesungguhnya kamu menyeru Zat yang Maha Mendengar lagi Maha dekat dan Dia selalu bersama kamu". Saat itu aku berada di belakang haiwan tunggangan Rasulullah ﷺ dan baginda mendengar apa yang aku ucapkan. Saat itu aku membaca, "Laa hawla wa laa quwwata illa billah (Tidak ada daya dan upaya melainkan dari Allah) ", maka baginda berkata kepadaku, "Wahai Abdullah bin Qais". Aku jawab, "Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah." Baginda melanjutkan, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu kalimah yang termasuk perbendaharaan syurga?". Aku jawab, "Tentu wahai Rasulullah, demi bapa ibuku sebagai tebusanmu." Baginda bersabda, "Laa hawla wa laa quwwata illa billah."


Rujuk : Kitab Sahih Bukhari dalam Kitab Peperangan dalam bab Pertempuran Khaibar.